Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Imej
SEKIAN ... MARI KITA SAKSIKAN VIDEO SEJAUH MANA PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA 😉 https://youtu.be/Yfr-LtPIx3U #AZURA1102  

KAITAN ANTARA BUDAYA DAN PERPADUAN

Imej
 ADAKAH PERBEZAAN BUDAYA DAN ADAT DI MALAYSIA MENGEKANG KEKUATAN PERPADUAN MASYARAKAT ? Tidak dinafikan, usaha untuk mencapai perpaduan masyarakat pada permulaannya merupakan satu strategi untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Namun begitu, perpaduan masyarakat menjadi bukan setakat suatu simbol perjanjian antara kaum sahaja, malah ia merupakan tonggak utama kepada kesejahteraan dan kestabilan negara pada hari ini, dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Oleh yang demikian, sebagai anak Malaysia, kita wajar menghargai usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pejuang dan berusaha untuk mempertahankan perpaduan masyarakat ini demi keamanan dan keharmonian negara. Secara umumnya, perbezaan budaya dan adat di Malaysia telah membentuk keunikan masyarakat di samping menonjolkan Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia. Walaupun demikian, kita harus sedar bahawa perbezaan ini bagaikan bilah bermuka dua, ia juga mampu mencetuskan konflik antara kaum selain daripada memperkenalkan

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

Imej
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PERPADUAN DI MALAYSIA  MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. KESAN POSITIF  1) Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara  rakyat Malaysia. - Rakyat akan bersatu padu dalam mendapatkan keharmonian negara. Contohnya, melaksanakan aktiviti aktiviti yang dapat menyatupadukan mereka yang tidak berbilang kaum. Antaranya sukan, perayaan, dan pelbagai lagi. 2)   Dapat   melindungi negara daripada ancaman kuasa luar   .  Negara yang mempunyai  masyarakat dan perpaduan kaum yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat   melemahkan gerakan kuasa luar.  3) Mewujudkan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat.  Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

Imej
DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK C abaran terbesar dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara Cabaran paling utama ketika ini adalah membina perpaduan dalam era maklumat di hujung jari. Hari ini, kita melihat sesiapa saja boleh menyampaikan maklumat, baik sahih atau sebaliknya. Berikutan penggunaan media sosial yang begitu terbuka, ada pihak menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman. Keadaan ini sudah pasti tidak sihat untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia. Selain itu, saya juga melihat usaha untuk menerapkan perbezaan antara kaum itu sejak dari kecil dalam kalangan masyarakat kita, sebagai satu lagi cabaran. Anak perlu dibiasakan dengan pergaulan silang kaum dan budaya. Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kami mempunyai Tadika Perpaduan yang memberikan penekanan kepada hal seumpama ini. Anak diajar dan dibiasakan dengan kepelbagaian kaum dan budaya dalam silibus pembelajaran. Isu perkauman ini seumpama bom ja

USAHA USAHA DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Imej
  MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMASA KERAJAAN MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA , SELURUH RAKYAT NEGARA MALAYSIA YG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM MEMBERI KOMITMEN YG TINGGI.MEREKA MENGHADIRKAN DIRI DAN BERHUBUNG ANTARA SATU SAMA LAIN DGN MASYARAKAT YG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM DAN LATAR BELAKANG . INTERAKSI ANTARA KAUM DALAM MAJLIS SEBEGINI DAPAT MEMPERKASAKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA. TUNTASNYA , KEMAJUAN NEGARA KITA BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN KAUM SEPERTI KATA PEPATAH " BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ". MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN SISTEM PENDIDIKAN JUGA MERUPAKAN SATU JALAN KOMUNIKASI YG MUDAH UNTUK MEREALISASIKAN HASRAT INI . DENGAN PENGENALAN SATU SISTEM PENDIDIKAN YG SAMA OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) IANYA TELAH MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM SECARA TIDAK LANGSUNG.TERDAPAT SEKOLAH WAWASAN YG MENEMPATKAN TIGA JENIS SEKOLAH :  1. SEKOLAH KEBANGSAAN 2.SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA 3.SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL  PENERAPAN NILAI NILAI BUDAYA DA

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Imej
 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA  Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia kerana kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaum yang berbilang-bilang bangsa. M asyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya  mengasimilasikan  budaya masing-masing untuk membentuk masyarakat Malaysia yang  bersatu teguh dan bersatu hati  persis peribahasa  bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat . 1) DAPAT MENJAMIN KEAMANAN NEGARA Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat vital .    Jika kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudahnya. 2) DAPAT MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA     Masyarakat yang bersatu pada tentulah akan  menggembleng  tenaga bersama agar dapat memajukan negara mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing tanpa mengira ras dan agama masing-masing.  Diskriminasi dalam kumpulan masyarakat dan pekerjaan dapat dielakkan kerana semua orang yang m

SENI BINA DALAM KEBUDAYAAN

Imej
SENI BINA DALAM KEBUDAYAAN DI MALAYSIA    Malaysia sememangnya terkenal dengan negara yang terdiri dari pelbagai kaum yang hidup bersatu-padu di bawah satu bumbung. Kepelbagaian kaum ini telah membawa pelbagai pengaruh budaya dalam kehidupan rakyatnya sendiri. Pengaruh budaya ini boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis pilihan makanan dari pelbagai kaum, pakaian dan tidak terkecuali dari segi binaan bangunan. 1) SENI BINA BAGI KAUM IBAN  Orang iban mempunyai bilangan yang sangat ramai iaitu 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. 2) SENI BINA BAGI KAUM CINA   Seni bina Cina   merujuk kepada suatu gaya   seni bina   yang telah dibentukkan di   Asia   untuk beberapa abad. Senibina masyarakat cina  terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU

Imej
 MERISIK Menurut kamus dewan, merisik adalah ‘menyelidik secara diam-diam’ secara menyeluruh. Ianya memperlihatkan seorang lelaki mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang bakal disunting menjadi suri hatinya. Namun, ada juga rombongan pihak lelaki datang secara mengejut untuk memeriksa sambil bertanyakan mengenai gerangan wanita yang bakal dinikahi. Ianya bertujuan berkenal-kenalan secara sopan dengan wanita dan keluarganya untuk mengetahui secara lebih dekat adakah wanita yang bakal disunting merupakan pilihan tepat. BERTUNANG Bertunang adalah tanda mengikat janji menjadi suami isteri. Ianya satu proses ikatan sebelum dinikahkan. Kebiasaanya tempoh bertunang mengambil masa 3 bulan keatas. Ada juga pasangan yang terpaksa bertunang lebih dari setahun disebabkan kemungkinan masalah kewangan yang belum mencukupi. Dalam fasa bertunang, kesetiaan setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji sejauh manakah pasangan ini mampu mengharungi se

SENI TARI DI MALAYSIA

Imej
SENI TARI DI MALAYSIA Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban, sumazau . Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.  1) Antara seni tari bagi kaum melayu ialah tarian mak yong.  Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang me

PERAYAAN DI MALAYSIA

Imej
PERAYAAN  ➜ HARI RAYA AIDILFITRI (BUDAYA MELAYU) - Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah , seluruh masyarakat islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri . Di Malaysia , sambutan hari raya ini juga disebut juga sebagai Hari Raya Puasa .Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan . Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan . Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim 1 Tahun islam . Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 syawal itu , pada malamnya , umat islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. Antara tradisi budaya melayu , menjelang kedatangan 1 syawal ini , adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga , menghias rumah , dan membuat berbagai-bagai jenis  kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah . Perayaan ini disambut oleh golongan masyarakat beragama Islam yang majoritinya ialah kaum M

MAKANAN TRADISIONAL DALAM PELBAGAI BUDAYA

Imej
 Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.                                  MAKANAN TRADISIONAL BUDAYA MELAYU                                                             Nasi lemak Nasi lemak adalah hidangan kebangsaan ,warisan kebangsaan malaysia.Nasi lemak selalunya dimakan tidak kira masa.Tetapi bagi mereka yang menjaga pemakan akan memakan nasi lemak sebagai sarapan pada waktu pagi.Secara tradisionalnya makanan ini dih

MATLAMAT KEBUDAYAAN NEGARA

MATLAMAT KEBUDAYAAN NEGARA Mengukuhkan Semangat Cinta Dan Taat Setia Rakyat Kepada Konsep Negara 'Melayu Islam Beraja' Untuk memastikan 'survival' bangsa dan Negara Brunei Darussalam adalah difikirkan amat perlu supaya matlamat ini diperkukuhkan dari semasa ke semasa agar kehadirannya dalam diri individu rakyat akan sentiasa wujud. Dengan memiliki semangat ini adalah diharapkan supaya dapat membantu untuk menjadikan rakyat Brunei yang rela berkorban demi kepentingan raja, bangsa, agama dan negara. Memelihara Dan Mengembangkan Kebudayaan Negara Untuk Dihayati Sebagai Amalan Hidup Bernegara Yang Praktik Dan Fungsional Matlamat kedua ini berhubung rapat dengan matlamat pertama. Pada dasarnya waktu ini memang terdapat usaha-usaha pemeliharaan dan pengembangan kebudayaan secara berasingan menurut bidang dan kemampuan masing-masing tetapi tanpa koordinasi yang berkesan dan fungsional. Kurangnya koordinasi ini dan sistem yang praktik dan fungsional menimbulkan beberapa masalah