CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN




DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK


Cabaran terbesar dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara


Cabaran paling utama ketika ini adalah membina perpaduan dalam era maklumat di hujung jari.

Hari ini, kita melihat sesiapa saja boleh menyampaikan maklumat, baik sahih atau sebaliknya. Berikutan penggunaan media sosial yang begitu terbuka, ada pihak menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman.

Keadaan ini sudah pasti tidak sihat untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Selain itu, saya juga melihat usaha untuk menerapkan perbezaan antara kaum itu sejak dari kecil dalam kalangan masyarakat kita, sebagai satu lagi cabaran.

Anak perlu dibiasakan dengan pergaulan silang kaum dan budaya. Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kami mempunyai Tadika Perpaduan yang memberikan penekanan kepada hal seumpama ini.

Anak diajar dan dibiasakan dengan kepelbagaian kaum dan budaya dalam silibus pembelajaran.

Isu perkauman ini seumpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Oleh itu, kita harus mendidik masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama.   






CABARAN DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM


.  Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.



. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara ini. Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa India .



. Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum. Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.



. Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet .



. Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.



#AZURA1102








Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU