KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PERPADUAN DI MALAYSIA 

MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

KESAN POSITIF 

1)Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia.

- Rakyat akan bersatu padu dalam mendapatkan keharmonian negara. Contohnya, melaksanakan aktiviti aktiviti yang dapat menyatupadukan mereka yang tidak berbilang kaum. Antaranya sukan, perayaan, dan pelbagai lagi.

2)  Dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar .

 Negara yang mempunyai masyarakat dan perpaduan kaum yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar. 

3) Mewujudkan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat.

 Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.

4) Kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai warganegara .

 Rakyat malaysia akan mudah untuk mendapatkan hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .

KESAN NEGATIF 

- Antara kesan negatifnya ialah perpecahan antara kaum. Kesan ini boleh menyebabkan kegawatan dalam ekonomi negara.Jika dibiarkan sahaja perkara ini boleh menggugat sesebuah negara kerana perpaduan merupakan tunjang utama dalam membangunkan negara.


                       




# sarah1030







Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU