KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 

Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia kerana kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaum yang berbilang-bilang bangsa. Masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

1) DAPAT MENJAMIN KEAMANAN NEGARA

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat vital .  Jika kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudahnya.

2) DAPAT MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA

  Masyarakat yang bersatu pada tentulah akan menggembleng tenaga bersama agar dapat memajukan negara mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing tanpa mengira ras dan agama masing-masing. Diskriminasi dalam kumpulan masyarakat dan pekerjaan dapat dielakkan kerana semua orang yang mempunyai semangat cinta akan negara mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk menaikkan taraf hidup rakyat negara kita.

3) Imej negara akan dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum

Sikap toleransi dan hormati-menghormati yang dicerminkan oleh masyarakat kita apabila menyambut perayaan kaum masing-masing.Contohnya, kaum Melayu menghormati perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan, malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan tersebut dan berkongsi euforia momen-momen terindah bersama.


  



#SARAH1030



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU