SENI BINA DALAM KEBUDAYAAN

SENI BINA DALAM KEBUDAYAAN DI MALAYSIA 

 Malaysia sememangnya terkenal dengan negara yang terdiri dari pelbagai kaum yang hidup bersatu-padu di bawah satu bumbung. Kepelbagaian kaum ini telah membawa pelbagai pengaruh budaya dalam kehidupan rakyatnya sendiri. Pengaruh budaya ini boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis pilihan makanan dari pelbagai kaum, pakaian dan tidak terkecuali dari segi binaan bangunan.

1) SENI BINA BAGI KAUM IBAN 

Orang iban mempunyai bilangan yang sangat ramai iaitu 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar.



2) SENI BINA BAGI KAUM CINA

 Seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad.Senibina masyarakat cina  terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng.




3) SENI BINA BAGI KAUM MELAYU 
 
Antara seni bina kaum melayu yang menarik minat ialah di negeri melaka. Melaka sememangnya sudah terkenal  dengan gelaran “Melaka Bandaraya Bersejarah”. Apa yang menarik lagi, negeri Melaka juga mempunyai identiti rumah tradisionalnya yang sendiri. Salah satu keistimewaan rumah Melaka yang membezakannya dengan rumah tradisional di negeri yang lain adalah struktur tangga utama yang diperbuat dari batuan konkrit. Struktur tangga yang unik ini akan dihiasi dengan jubin yang berwarna-warni menjadikan rumah tradisional ini kelihatan cantik dan menarik.



4) SENI BINA BAGI KAUM INDIA 

 Bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.



#SARAH1030



 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU