PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN 

HARI RAYA AIDILFITRI (BUDAYA MELAYU)

- Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah , seluruh masyarakat islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri . Di Malaysia , sambutan hari raya ini juga disebut juga sebagai Hari Raya Puasa .Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan .




Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan . Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim 1 Tahun islam . Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 syawal itu , pada malamnya , umat islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Antara tradisi budaya melayu , menjelang kedatangan 1 syawal ini , adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga , menghias rumah , dan membuat berbagai-bagai jenis  kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah .


Perayaan ini disambut oleh golongan masyarakat beragama Islam yang majoritinya ialah kaum Melayu. Perayaan ini disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah setelah anak bulan dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadhan. Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira bangsa. Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, lemang, nasi himpit dan sebagainya. Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan pada hari raya adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak dan saling bermaafan. 



TAHUN BARU CINA (BUDAYA CINA)

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum Cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama.Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Kalau kita, duit rayalah. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga Cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan. Masyarakat kita selalu panggil acara ni sebagai makan besar. Kalau masyarakat Melayu pulak, selalunya malam raya kita akan mengemas rumah dan tolong sediakan bahan mentah untuk dimasak. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.





DEEPAVALI (BUDAYA INDIA)

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan Oktober dan November.

Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Dikebanyakan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

                                                       #ANIS1009


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA