MAKANAN TRADISIONAL DALAM PELBAGAI BUDAYA


 Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

                                 MAKANAN TRADISIONAL BUDAYA MELAYU

                                                            Nasi lemak


Nasi lemak adalah hidangan kebangsaan ,warisan kebangsaan malaysia.Nasi lemak selalunya dimakan tidak kira masa.Tetapi bagi mereka yang menjaga pemakan akan memakan nasi lemak sebagai sarapan pada waktu pagi.Secara tradisionalnya makanan ini dihidangkan dengan dibungkus oleh daun pisang,dengan hirisan beberapa buah timun,ikan bilis goreng,telur rebus atau ayam goreng,kacang goreng dan sambal merah sebagai intinya.Namun begitu,bukan kaum melayu sahaja yang meminati nasi lemak,kaum india dan china mahupun bangsa lain juga meminati nasi lemak.

Bahulu


Kuih bahulu merupakan makanan tradisional melayu yang sangat popular.Kuih bahulu terdiri daripada tiga jenis bentuk antaranya bahulu kecil yang biasa dimakan oleh orang melayu,lapisan bahulu-bahulu dan roll.Umumnya,kuih bahulu menggunakan telur sebagai bahan bahan utama dalam proses pembuatannya.Kuih bahulu juga mempunyai acuan-acuan dalam pelbagai bentuk.Kuih biasanya akan laris dan mendapat permintaan ramai pada hari perayaan.

MAKANAN TRADISIONAL BUDAYA CHINA

Yee Sang


Yee Sang merupakan juadah yang popular sewaktu hari perayaan Tahun Baharu Cina.Ia merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka.Pada malam sebelum Tahumln Baharu China mereka akan mengadakan makan besar iaitu makan malam bersama keluarga dengan menyajikan lauk-pauk yang enak selain daripada yee sang.

MAKANAN TRADISIONAL BUDAYA INDIA

Muruku


Murukku juga mempunyai nama-nama lain.Nama lain bagi murukku ialah chakli dan chakri.Makanan ini berasal daripada India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku boleh disediakan dalam pelbagai perisa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN DUSUN

Hinava

Hidangan ini merupakan hidangan tradisional di Sabah.Hidangan ini terdiri daripada isi ikan segar yang diacampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut,cili merah,halia,bawang merah,limau kapas dan garam.Fakta menarik tentang hinava ialah isi ikannya tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan adanya perahan isi limau.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BUGIS

Barabbo

Barabbo merupakan bubur jagung yang dimakan sewaktu sarapan.Bahan asasnya ialah nasi,jagung dan ayam.Cara penyediaannya juga ada banyak versi.Ada yang letak banyak sayur,ada yang menggunakan belacan,namun cara membuatnya tidaklah terlalu rumit.Hidangan ini bukan sahaja enak malah mengenyangkan.


#adawiyah1021

Ulasan

  1. wow...baru saya tahu makanan tu asal nya dari mana... tq for the info

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

BUDAYA DAN ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU