PAKAIAN TRADISIONAL BUDAYA DI MALAYSIA

 MELAYU

PAKAIAN TRADISIONAL BUDAYA MELAYU 

Pakaian tradisional Melayu merujuk kepada baju kurung dan baju melayu. Selain itu, baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang juga merupakan pakaian tradisional yang melambangkan bangsa Melayu.

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala yang melalui proses ubah ansur. Proses ini juga berlaku juga akibat pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur  tamadun dari timur dan barat diubah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik.

Sebelum abad ke-20, dan kedatangan Islam, wanita Melayu memakai kemban, kain sarung atau kain panjang yang membaluti  sekeliling badan dan membiarkan bahu terdedah. Penerimaan universal Islam sebagai agama utama Melayu membuatkan pemakaian kemban lenyap dan diganti dengan pemakaian baju kurung yang menutup aurat, sederhana dan elegan.

contoh pakaian budaya melayu selepas abad ke-20

Tidak kurang juga dengan pakaian tradisional bagi kaum lelaki iaitu baju Melayu. Terdiri daripada baju lengan panjang dan dan seluar beserta sampin atau dikenali sebagai kain sarung pendek yang dililitkan pada pinggang. Pemakaian baju melayu ini melambangkan ciri-ciri maskulin lelaki Melayu dan menonjolkan kesopanan lelaki Melayu. Untuk melengkapkan busana, lelaki Melayu memakai topi yang dikenali sebagai songkok.



CINA

PAKAIAN TRADISIONAL CINA

Kaum cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri. Pakaian tradisional cina sering diamalkan seiring dengan kesesuaian waktu dan tujuan relevan. Ia sering digunakan untuk majlis-majlis dan urusan rasmi sekaligus oleh rakyat cina walaupun berbeza taraf dan kehidupan.

Salah satu pakaian popular kaum Cina ialah Cheongsam. Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina.Pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera.

Bagi kaum lelaki Cina pula, pemakaian Samfoo sudah dikenali sejak Dinasti Ching lagi. Pakaian ini sangat digemari oleh lelaki yang berumur atau yang sudah berkahwin. Pakaian ini berupa baju longgar dan seluar panjang yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera.



INDIA

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

Dhoti dan Sari pula terkenal sebagai pakaian tradisional Kaum India. Dhoti merupakan pakaian kaum lelaki India. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih yang hanya boleh dilihat di majlis perkahwinan sahaja. Dhoti juga terdapat dalam warna kuning pudar dan kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari amat popular dikalangan kaum wanita India. Pakaian ini sangat fleksibel kerana ia sesua idipakai semasa majlis formal dan juga dalam kehidupan seharian. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis kain, corak dan warna kain yang sememangnya indah.


#ANIS1009 



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

KAITAN ANTARA BUDAYA DAN PERPADUAN