PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

       DEFINISI KEBUDAYAAN 


Kebudayaan dikenali sebagai satu cara kehidupan. Kebudayaan mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) , berkelakuan mulia dan sebagainya, Kebudayaan merangkumi cara hidup, adat resam , aspek tradisional seperti  pakaian, makanan , seni kebudayaan dan perayaan. Justeru itu kebudayaan juga boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sistem  sosial , ekonomi, politik, agama, adat resam, sikap dan nilai .


Kebudayaan di Negara kita adalah bersifat dinamik . Dinamik ini dimaksudkan sebagai amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa dan kemajuan rakyatnya. Contohnya , masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam tanpa ada sikap penolakan . Walau bagaimanapun, masyarakat juga ada menolak dan menerima unsur-unsur tertentu. Ini kerana terdapat unsur-unsur yang tidak bersesuaian dengan masyarakat berkenaan . 



Antara budaya di Malaysia


Kebudayaan juga diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain . Kebudayaan merupakan asas dalam masyarakat yang diturunkan dari nenek moyang dan diwarisi hingga kini. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan seperti berandam, malam berinai dan majlis khatam al-Quran. Kebudayaan juga mengalami proses perubahan dan kesinambungan .



                                                                                                                                                    

        DEFINISI PERPADUAN 






Perpaduan bermaksud penyatuan atau bersatu , darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa , ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain .

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana terdiri daripada masyrakat berbilang kaum. Contohnya, kaum melayu, cina, india, kadazan , dan iban. Walaupun berbeza kaum, masyarakat Malaysia tetap hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Kesefahaman dan sifat toleransi mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat di Negara ini biarpun berbeza agama, budaya dan bangsa.



Poster Perpaduan 
        

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai  rintangan yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membawa kejayaan iaitu kemerdekaan yang telah lama ingin dikecapi oleh seluruh rakyat .


Kesimpulannya , perpaduan sangat penting dalam kehidupan manusia kerana dapat memastikan hubungan yang terjalin antara manusia terus kekal dan erat . Perpaduan sangat penting untuk diterapkan dalam jiwa anak bangsa Malaysia agar suasana negara Malaysia pada zaman kini dapat dikekalkan dalam jangka masa yang lama . Juga dapat memastikan negara Malaysia kekal aman dan damai . 

                                                                                                                                        #ANIS1009

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

KAITAN ANTARA BUDAYA DAN PERPADUAN