KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEPADA MASYARAKAT
- Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.
- Amalan budaya tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat Malaysia. Contohnya , keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
- Menyebabkan kedatangan pelancong yang ramai.
- Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Misalnya, kagum dengan keunikan yang terdapat di malaysia seperti persembahan teater tradisional seperti bangsawan makyung, dan tarian seperti kuda kepang dan gawai.
- Dapat memupuk perpaduan kaum.
- Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Contohnya hari raya aidilfitri kepada orang melayu, tahun baru cina iaitu gong xi fa cai kepada kaum cina dan hari deepavali untuk kaum india.
- Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
-Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia
Mengadakan aktiviti tentang kenegaraan supaya dapat melahirkan rasa cinta kepada negara.
-Menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia
- Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
#sarah1030
Ulasan
Catat Ulasan