Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEPADA MASYARAKAT

  -  Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.   Amalan budaya tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat Malaysia. Contohnya , keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.  - Menyebabkan kedatangan pelancong yang ramai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Misalnya, kagum dengan keunikan yang terdapat di malaysia seperti persembahan teater tradisional seperti bangsawan makyung, dan tarian seperti kuda kepang dan gawai.  - Dapat memupuk perpaduan kaum. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Contohnya hari raya aidilfitri kepada orang melayu, tahun baru cina iaitu gong xi fa cai kepada kaum cina dan hari deepavali untuk kaum india. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.  - Memupuk semangat patriotisme dalam ka

CONTOH GAMBAR KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Imej
                VIDEO KEBUDAYAAN https://youtu.be/IZdUJQWb1uM #sarah1030

OBJEKTIF KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Imej
Pembangunan kebudayaan kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu . Dengan yang demikian , usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai objektif penting iaitu : (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan. (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. #SARAH1030

PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Imej
       DEFINISI KEBUDAYAAN  Kebudayaan dikenali sebagai satu cara kehidupan. Kebudayaan mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) , berkelakuan mulia dan sebagainya, Kebudayaan merangkumi cara hidup, adat resam , aspek tradisional seperti    pakaian, makanan , seni kebudayaan dan perayaan. Justeru itu kebudayaan juga boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sistem    sosial , ekonomi, politik, agama, adat resam, sikap dan nilai . Kebudayaan di Negara kita adalah bersifat dinamik . Dinamik ini dimaksudkan sebagai amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa dan kemajuan rakyatnya. Contohnya , masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam tanpa ada sikap penolakan . Walau bagaimanapun, masyarakat juga ada menolak dan menerima unsur-unsur tertentu. Ini kerana terdapat unsur-unsur yang tidak bersesuaian dengan masyarakat berkenaan .  Antara budaya di Malaysia Kebudayaan jug

NAMA AHLI KUMPULAN

Imej
NAMA AHLI KUMPULA 1)AZURA BINTI UNSUMARDI  02DKA20F1102 2)NUR SARAH FARHANA BT MD YAZID  02DKA20F1030 3)NURUL ADAWIYAH BINTI AZDRI  02DKA20F1021 4)ANIS NURSYAFIQAH BINTI AMIAZHAR  02DKA20F1009      #ANIS1009